Sajad Rafiq: Fotografi dari bumi Kashmir

24/07/2017 | miza

Teks: Ashraf Saharudin      Foto: Sajad Rafiq

10390373_10201964449944482_5947460549287995469_n
Sajad Rafiq

Tiga tahun lalu, penulis bertemu seorang pemuda asing di sebuah daerah Jammu Kashmir di utara India. Destinasi pengembaraan solo fotografi penulis di Kashmir memberikan lebih daripada apa-apa yang penulis impikan. Penulis bertemu Sajad Rafiq, 27 tahun pada ketika itu, seorang yang sangat bersemangat dalam mendalami ilmu fotografi, mempercayai penulis yang baru pertama kali bersua, lantas ditawarkannya untuk tinggal di rumahnya di sebuah lembah bernama Pampore. Dilahirkan dalam keluarga biasa, tidak mewah, ya mereka memiliki sebuah motosikal untuk digunakan, sebuah kehidupan yang tidak boleh diukur dengan daya pemikirannya yang jauh lebih matang. Sajad dibesarkan dan mendapat pendidikan awal di Pampore sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan awam dan kini beliau berkhidmat sebagai seorang jurutera di Kashmir.

Penulis terdetik untuk berkongsi perjalanan yang masih panjang pemuda Kashmir ini dalam berkarya, sebagai sumber inspirasi kepada warganegara jurugambar. Baru-baru ini penulis terbaca sebuah artikel yang dikongsikan Sajad di laman sosial Facebook beliau, sebuah artikel yang ditulis dalam laman sesawang The Indian Express bertarikh 31 Oktober 2014. Dalam artikel tersebut, suka untuk saya mengambil kata-kata seorang jurugambar tersohor India, Raghu Rai yang mengambil Sajad sebagai contoh, beliau berkata, “Kampung halaman beliau baru lepas dilanda banjir besar. Dengan ketiadaan kamera, beliau meninggalkan keluarganya untuk menyertai program ini. Beliau menyewa sebuah kamera di Delhi dan datang ke Mumbai. Komitmen yang sebegini yang bakal membawa seseorang itu ke hadapan.”

Pautan: http://indianexpress.com/article/entertainment/screen/covershot-3-to-go-on-air-from-nov-15/

Ikuti temubual ringkas penulis dan Sajad seterusnya.

 

8731113120_08a12ed4b3_o

 

Boleh ceritakan serba sedikit latar belakang saudara dan kenapa memilih fotografi?
Saya berasal daripada sebuah tempat yang begitu indah sehingga anda tidak dapat menembunyikan keindahannya daripada mata dunia. Masyarakat di sini, landskap dan budayanya itu sendiri merupakan sebuah dunia yang menarik. Saya bermula dengan melihat dan memerhati lama sebelum saya merakamkannya.

8169420877_ca160de5e4_o

Kashmir, sebuah tempat yang sering digembar-gemburkan dengan pergolakan bersenjata dan sebagainya, boleh ceritakan apakah yang membuatkan Kashmir sukar ditolak sebagai destinasi fotografi?
Boleh saya katakan Kashmir merupakan syurga buat jurugambar hampir di setiap musim yang berlainan sepanjang tahun. Keindahan landskap bersalji, keindahan musim bunga, musim panas yang memukau dan musim luruh yang berwarna-warni. Dengan budaya masyarakat yang unik dan menarik, tidak ramai jurugambar yang hanya mampu melihat tanpa merakam. Lokasi-lokasi seperti Lolab, Gurez, Lembah Bungus, Puncak Sadhana, Gulmarg dan sebagainya pasti sangat berbaloi untuk dikunjungi.

 

11489608985_7a2b2cc091_o

Baru-baru ini saudara terpilih menyertai sebuah program ‘Covershot 3’, boleh ceritakan mengenai program ini?
‘Covershot 3’ merupakan sebuah program pertandingan fotografi yang bakal disiarkan di kaca televisyen di saluran National Geographic. Saya merupakan salah seorang daripada 16 peserta yang bertanding dan karya pemenang bakal diterbitkan sebagai kulit majalah National Geographic Traveller India.

 

Siapa jurugambar yang banyak mempengaruhi gaya fotografi dan bagaimana mereka mempengaruhi gaya berfikir dan berkarya saudara?
Pada mulanya saya mengambil karya-karya jurugambar seperti Steve McCurry sebagai sumber inspirasi sebelum beralih kepada jurugambar-jurugambar lain. Boleh saya katakan kini karya-karya oleh GMB Akash daripada Bangladesh banyak mempengaruhi gaya fotografi saya. Cara beliau mendekati isu sosial kontemporari telah membuka minda dunia untuk melihat dengan lebih baik. Kini saya mula menjadikan isu sosial seperti kemiskinan, hak asasi manusia dan penganguran sebagai paksi dan halatuju yang tersendiri.

 

12132597816_fb5a0b1891_o Apakah yang saudara cuba disampaikan dalam berkarya dan apakah yang mendorong saudara untuk terus berkarya?
Saya gemar bercerita melalui imej-imej saya dengan hasrat untuk membawa perubahan ke arah yang lebih baik kepada masyarakat. Saya menghampiri subjek saya secara dekat, meluangkan masa untuk mendapatkan yang terbaik, kerana saya sangat gemarkan fotografi. Kepuasan dalam merakam memberikan saya motivasi untuk terus berkarya. Meskipun dengan jadual harian yang padat, saya tetap akan keluar melihat dan merakam kehidupan masyarakat di sekeliling.

 

Apakah matlamat pencapaian saudara dalam bidang fotografi ini?
Suatu hari nanti saya ingin menjadi seorang jurugambar yang tidak perlu untuk menulis nama atau memperkenalkan dirinya di setiap gambar, hari dimana penonton boleh mengenali saya hanya menerusi karya-karya saya.

 

8115686924_0309c048e1_o

 

Pautan karya-karya beliau:
https://www.flickr.com/photos/sajad_rafeeq_photography
http://sajadrafeeq.wordpress.com
http://yourshot.nationalgeographic.com/profile/205248/

 

Artikel ini telah dikeluarkan dalam majalah Fotografika isu 22 (Dis 2014/Jan 2015)

FG22 Cover-update