Muzium Kamera Asia Pulau Pinang

21/07/2017 | miza

Teks & Foto: Kumpulan editorial

07a

 

 

Muzium kamera Asia yang terletak di Pulau Pinang ini menjanjikan pengalaman yang berharga kepada pengunjung yang datang dengan mempamerkan lebih 1000 buah kamera dan aksesori fotografi yang jarang dilihat sebelum ini. Muzium yang terletak di Jalan Burma ini dibuka kepada orang ramai bermula 15 Januari 2014. Kebanyakkan kamera yang dipamerkan merupakan koleksi antik yang mempunyai sejarah lampau seperti kamera panorama, stereoskop 3D dan banyak lagi.

03

 

Sekumpulan jurugambar yang berpengalaman selama 25 tahun dalam tunjuk ajar seni fotografi dan 40 tahun pengalaman membaiki kamera analog mengabungkan visi, gaya dan kemahiran teknikal untuk mencetuskan idea membuka muzium bagi tujuan mengekalkan dan berkongsi sejarah masa lampau untuk pembelajaran dan pengalaman generasi muda. Malah, disini juga disediakan “Photo School” bagi tujuan pembelajaran serta pemahaman mengenai teknik, kemahiran fotografi daripada kamera analog sehingga kamera digital.

 

Pemilik muzium yang terdiri daripada Mac Tan dan Steven Tan merupakan jurugambar yang berpengalaman dan meminati kajian sejarah fotografi bagi tujuan pembelajaran generasi masa depan. Manakala, Tuan Lee merupakan pakar pembaik pulih kamera yang telah membina kamera obscura hanya berdasarkan lukisan yang ada.

Antara bilik yang banyak memberikan nostalgia ialah Studio Siow Siong yang merupakan studio foto lama. Bukan hanya peralatan dan latar belakang (prop) yang lama didermakan pada muzium ini, akan tetapi beratus negatif potret lama dan foto juga turut didermakan. Antara foto yang paling tidak dapat dilupakan ialah plat kaca negatif yang dirakam oleh Siow Siong untuk majlis graduasi Sekolah Tinggi Chung Ling pada 1965. Bilik pameran ini ditaja oleh Fujifilm Malaysia.

 

01a   01b

 

 

Muzium Kamera Asia
Alamat: No. 10, Jalan Burma, 10500 Pulau Pinang
Tel: +604-262 3191/ 012-474 0123
Masa: 11.00 pagi hingga 7.00malam
Laman sesawang: www.asiacameramuseum.com
Facebook: Asia Camera Museum

 

Artikel ini telah dikeluarkan dalam majalah Fotografika isu 21 (Okt/Nov 2014)

fg21-cover