Fotografi Sebagai Terapi Seni

07/07/2017 | miza

Teks & Foto: Jidin

view tangga

Definasi Art Therapy ( Terapi Seni)

Terapi seni, kadangkala dikenali juga sebagai terapi seni ekspresif (expressive arts theraphy) ataupun terapi seni kreatif (creative arts theraphy). Terapi seni menggalakkan individu untuk meluah dan memahami emosi melalui ekspresi dan pengalaman melalui proses kreativiti.

Penjelasan Terapi Seni

Terapi seni yang juga dikenali dengan nama Expressive Art atau Art Psychology dalam bahasa inggeris ini berasal dari teori Sigmund Freud dan Carl Jung berkenaan dengan alam sedar(subconscious) dan alam tidak sedar(unconscious). Terapi ini menggalakkan penjelajahan diri dan perkembangan emosi serta melibatkan dua perkara utama iaitu proses membentuk hasil seni dan memahami makna hasil seni itu sendiri.

Peringatan tentang penggunaan terapi seni

Penggunaan teknik dan material dalam terapi seni sepatutnya bersesuaian dengan umur dan keupayaan individu tersebut. Individu yang memiliki kecacatan atau kecederaan seperti kecederaan otak dan masalah neurologi mungkin akan menghadapi kesulitan untuk mengenali potensi diri dengan menggunakan terapi seni. Walaupun terapi ini kurang sesuai kepada mereka yang bermasalah seperti ini namun terapi seni masih juga boleh digunakan oleh individu ini bagi mendapatkan keseronokan dan ketenangan melalui proses menghasilkan hasil seni tersebut.

Fotografi Sebagai Terapi Seni

Fotografi adalah gambaran pemikiran manusia, reflek kehidupan seharian, reflek dari hati nurani dan perasaan, kenangan serta memori yang kita simpan dalam kehidupan. Fotografi mendokumenkan bukan sahaja lokasi kita berada dan lawati, malah boleh menentukan halatuju arah yang mungkin kita hendak pergi, samada secara sedar atau tidak sedar.

DSC_0434
Setiap gambar yang dirakam atau disimpan oleh seseorang individu akan menggambarkan diri individu tersebut. Ataupun dalam ungkapan lain seperti mencerminkan diri yang wujud di dalamnya sebuah memori, memori yang mengingatkan kembali suasana menarik yang patut dirakamkan dan diingati selamanya. Gambar yang dirakam menceritakan apa yang berlaku sepanjang hayat kehidupan individu tersebut, merakam memori secara visual dan menyerlahkan individu dari sudut fizikal dan juga emosi.

Gambar yang dirakam juga boleh memberi petunjuk mengenai minat dan mungkin halatuju selepas itu. Seperti contoh reaksi individu terhadap poskad yang dilihat atau diterima, gambar di majalah, gambar di internet dan gambar yang dirakam oleh individu lain. Semua ini boleh memberi reflek gambaran seseorang individu dan juga gambaran dalaman kehidupan seseorang serta mungkin juga menyingkap rahsia peribadi diri seseorang.

SONY DSC

Makna sebenar yang dirakam dalam gambar ialah fakta visual yang menceritakan keadaan dan kebenaran ketika gambar dirakam. Gambar juga menceritakan minda dalaman serta perasaan individu yang merakam gambar tersebut dan individu yang dirakam, tanpa disedari memberi impak berlainan kepada yang merakam dan juga kepada yang melihat gambar tersebut.

Impak yang dihasilkan bergantung kepada pentafsiran dan makna yang ingin diterjemahkan dan dilihat dalam gambar tersebut. Pentafsiran dan penterjemahan makna yang dibuat oleh individu yang melihat gambar tersebut mungkin sama dengan apa yang hendak disampaikan oleh jurugambar atau mungkin tidak. Pentafsiran mungkin berbeza kerana setiap individu mempunyai persepsi yang berbeza dengan setiap apa yang dilihat. Ini kerana setiap individu mempunyai keunikan yang tersendiri berdasarkan pengalaman kehidupan, pengetahuan dan apa yang dilihat. Walau bagaimanapun, reaksi individu terhadap gambar yang dirakam adalah sesuatu yang amat menarik dan banyak menceritakan tentang diri sendiri terutamanya jika individu tersebut berhadapan dengan persoalan yang berkait dengan penterjemahan gambar yang dirakam.

Terdapat perbezaan antara pemahaman penggunaan perkataan fotografi sebagai terapi seni dan fotografi teraputik. Fotografi sebagai terapi seni ialah dimana ahli terapi, kaunselor atau ahli psikologi menggunakan foto sebagai salah satu sumber perantaraan bagi tujuan terapi. Penggunaan foto dalam terapi ini digunakan oleh mereka dalam usaha membantu klien dan mereka mendapat latihan yang cukup dalam mengendalikan klien yang sedang dalam proses terapi.

DSC_0394BW

Manakala fotografi teraputik ialah dimana seseorang individu yang membuat aktiviti fotografi tanpa pengetahuan kaunseling yang formal dan membuat aktiviti tersebut untuk kegunaan sendiri dan mendalaminya sendiri serta mungkin bagi tujuan artistik. Ianya juga melibatkan kamera sebagai medium untuk merakam gambar sebagai pemangkin perubahan sosial masyarakat , mengenali diri sendiri dan sebagainya. Perbezaan yang jelas ialah fotografi teraputik melibatkan aktiviti fotografi yang bergerak secara individu manakala terapi seni melibatkan penyeliaan individu yang mahir serta mempunyai latihan yang cukup dalam bidang psikologi yang berkaitan.

Artikel ini telah dikeluarkan dalam majalah Fotografika isu 01 (Jun/Julai 2011)

fg_01_cover