Komposisi Kedudukan Subjek

19/05/2017 | miza

Teks & Foto: Sawlihim Bakar

DSC_5398

Kadang-kala komposisi yang baik boleh diperoleh dengan meletakkan kawasan yang dikuasai subjek utama di pusat simetri gambar, tetapi pada umumnya tidak semua berjaya dilakukan begitu. Membahagikan gambar kepada dua bahagian yang sama dengan beberapa elemen tambahan di bahagian latar hadapan dan belakang sering membuatkan gambar kelihatan tidak menarik dan sukar untuk diimbangi kerana  kesimbangan latar belakang yang sukar dicapai. Tetapi membahagikan kawasan gambar kepada sepertiga bahagian, melintang dan menegak, dan lokasi subjek utama pada salah satu pertemuan garisan, anda biasanya boleh mewujudkan perasaan keseimbangan komposisi di antara subjek utama, latar hadapan dan juga belakang memberikan penceritaan yang lebih teratur terhadap sesebuah gambar.

1

Dalam komposisi fotografi, terdapat dua panduan am bagi menentukan lokasi terbaik bagi subjek utama. Pertama ialah Prinsip Sepertiga (Rule of Thirds). Kedua adalah Simetri Dinamik (Dynamic Symmetry) dan seterusnya membentuk segitiga (Golden Mean). Dalam Prinsip Sepertiga, garisan persilangan yang membahagikan kawasan gambar ditandakan dengan O. Titik persilangan ini adalah lokasi yang baik untuk meletakkan subjek utama.

 

2

Perhatian perlu diberikan ketika meletakkan subjek utama, hanya satu titik untuk persimpangan agar struktur gambar mudah difahami. Prinsip Dynamic Symmetry adalah idea yang serupa. Satu lokasi yang baik untuk titik persimpangan didapati dengan melukis atau membayangkan satu garis pepenjuru dari satu sudut ke sudut yang bertentangan.

 

Artikel ini telah dikeluarkan dalam majalah Fotografika isu 11 (Feb/Mac 2013)

fg-11-cover_o