Kamera sukan SOOCOO melebarkan sayapnya di Malaysia!

28/04/2017 | miza
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Encik Oon Chee Kuan; Pengarah Pisces Global (M) Sdn Bhd mempamerkan rangkaian produk-produk SOOCOO

 

Pisces Global merupakan syarikat subsidiari Pisces Trading telah mengumumkan perlantikan mereka sebagai pengedar tunggal untuk kamera sukan SOOCOO di Malaysia. Kamera sukan SOOCOO telah dihasilkan oleh Shenzhen Discovery Technology Co., Ltd yang merupakan pengilang kamera aksi, kamera kereta dan kamera panorama.

Selama 40 tahun ini, Pisces Trading telah menjadi pemborong, pengedar dan memasarkan kepelbagaian kamera fotografi, alatan dan aksesori serta mempunyai rangkaian luas dalam pengedaran dan pemasaran di Malaysia.

Menerusi temuramah bersama-sama Encik Oon Chee Kuan; Pengarah Pisces Global (M) Sdn Bhd berkata “Kebanyakkan kamera sukan telah di import ke Malaysia sejak 4-5 tahun dahulu dan sampai sekarang masih perlu diperkenalkan secara meluas dalam pasaran kita. Beberapa tahun ini, aktiviti sukan menjadi aktiviti tumpuan di Malaysia dan orang ramai memerlukan kamera sukan untuk merakam detik terindah”.

Kamera SOOCOO telah dieksport ke negara-negara seperti Thailand, Indonesia dan Filipina. Kini giliran Pisces Global pula memperkenalkan dan mengimport produk-produk SOOCOO ke negara kita Malaysia dan Singapura. Pisces Global mempunyai kesemua rangkaian produk SOOCOO daripada produk tahap permulaan hinggalah produk tahap profesional. Terdapat lebih 10 produk SOOCOO dan harganya mampu milik hanya sekitar RM299 hingga RM699.

Setiap kamera sukan SOOCOO dilengkapi dengan aksesori yang boleh dipasangkan di basikal dan topi keledar. Kamera sukan SOOCOO juga menawarkan lensa sudut luas sehingga merangkumi 170 darjah. Ciri-ciri menarik yang terdapat pada rangkaian produk SOOCOO bergantung kepada model seperti GPS, arahan suara, lukisan lampu, bateri kuasa tinggi dan Gyro. Malah, model kamera SOOCOO Cube 360H dilengkapi dengan kebolehan merekod video 4K pada sudut 360 darjah dan kalis air sedalam 10 meter. Manakala, model SOOCOO S70 menawarkan 2 lampu LED pada kamera hadapan untuk pencahayaan dan kebolehan kalis air sedalam 30 meter tanpa menggunakan selongsong kalis air. Kamera SOOCOO model C100 dilengkapi dengan GPS, rakaman video 4K dan merakam foto sehingga 20 megapiksel.

Pisces Global bakal menyediakan pusat perkhidmatan untuk memudahkan para pelanggan menghantar produk SOOCOO yang bermasalah untuk diperbaiki oleh juruteknik berpengalaman. Di Malaysia, kamera SOOCOO tidak hanya dijual di bandar-bandar besar sahaja akan tetapi bakal dijual di pekan-pekan kecil seluruh Malaysia.

Untuk maklumat produk SOOCOO, hubungi:

Pisces Global (M) Sdn Bhd

Tel: 03-2385 0036 (En.Oon)

Whats App: +6012-22291188

Emel: [email protected]