TONALITY; LIGHT & SHADOW. CAPTURE TO PRINT “YUDAINA YAMA, HIGASHIKAWA”

27/04/2017 | miza

1_DSC03735-Edit-6-Edit

Choy Khye Fatt merupakan anak kelahiran daripada Pulau Pinang dan kini beliau menetap di Kuala Lumpur.  Minatnya dalam bidang fotografi telah berkembang menerusi imej yang mengagumkan dari majalah Life. Beliau memfokuskan minatnya kepada genre fotografi landskap.

Pembelajaran dan menyahut cabaran merupakan perkara yang menyeronokkan bagi beliau. Menerusi pameran solo ini, ia membuatkan beliau berfikir sendiri akan hasil kerjanya yang terdahulu dan akan datang. Metodologi dan proses daripada merakam hingga mencetak membenarkan  beliau mencipta imej tersendiri daripada permulaan hingga ke pengakhiran.

Pengalaman ke Higashikawa

Higashikawa merupakan wilayah yang mempunyai pemandangan indah serta segar di Asahikawa, Hokkaido.

Beliau telah mengembara ke Higashikawa pada bulan September 2016 setelah mendapat jemputan daripada Pameran fotografi Higashikawa “The Town Of Photography”.

Beliau telah merakam pemandangan di Taman Negara Daisetsuzen yang dikenali sebagai “Playground of the Gods” oleh orang asli, Ainu di Hokkaido. Kawasan persekitaran diliputi dengan musim luruh yang menampilkan warna terang, suhu sejuk malah kadang kala basah serta berkabus nipis. Subjek rakaman berwarna-warni dan monokrom beliau persembahkan untuk koleksi pameran beliau yang bertajuk “YUDAINA YAMA, Higashikawa” – Magnificient Higashikawa.

4_DSC03697-Edit-4

Visi kreatif

Beliau meringkaskan cara kerja bagi merakam landskap dan bentuk menggunakan pencahayaan sedia ada kepada 3 peringkat. Falsafah ketepatan mengatasi kepantasan ini melalui proses “Capture, Crafting and Printing”.

Di mulai dengan imej yang dikehendaki sebagai penentu serta penyesuaian maklumat yang ada menjadi keutamaan. Ini merupakan alternatif kepada metodologi bagi menjadikan imej biasa tampak luarbiasa.

Di samping itu juga, rakaman komposisi yang betul menimbulkan perasaan kepada penonton.

Seterusnya, suntingan dibuat di samping mereplikakannya daripada rakaman dan menghasilkan ton yang sesuai untuk cetakan.

Pemilihan medium untuk cetakan merupakan perkara terakhir dan perlu dititik beratkan kerana ia mampu mencipta “mood” tersendiri.

Harapan

Beliau berharap penonton sanggup untuk bereksperimen dan menganalisa hasil karyanya dengan minda terbuka. Tiada istilah betul atau salah akan tetapi imej yang terbaik merupakan imej yang mampu menyampaikan maksud tersirat kepada penonton tanpa perlu diterjemahkan oleh artis.

Meskipun anda mempunyai deria yang baik dan tabah, ianya tidak mampu kekal dan anda perlu menggunakan kebijaksanaan kreativiti yang baharu bagi mempertingkatkan ilmu pengetahuan sendiri.

Seni menawarkan kepelbagaian yang tidak terbatas kepada individu daripada persepsi hingga penterjemahan. – Choy Khye Fatt 

3_DSC03515-Edit-2

 

Ikuti pameran solo beliau di Jen Studio, TTDI dari 29 April hingga 6 Mei 2017.

 

TONALITY; LIGHT & SHADOW. CAPTURE TO PRINT

“YUDAINA YAMA, HIGASHIKAWA”

29 April – 6 Mei 2017 (10.30pagi – 5.30petang)

Pelancaran pameran oleh tetamu kehormat YBHG Datuk Ramli Ibrahim pada 29 April, 2.30petang.

Jen Studio, 26 Lorong Datuk Sulaiman 1, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur.