Teks: Miza Foto: Warga Editorial


TTL adalah ‘through the lens metering’ iaitu sistem metering yang menyukat bacaan cahaya yang masuk melalui kanta. Dalam TTL flash, kepala flash bekerjasama dengan sistem metering yang terdapat dalam kamera bagi menentukan kekuatan pencahayaan flash yang sesuai untuk sesuatu subjek yang dirakam. Cahaya yang memasuki kanta fotografi akan disukat oleh meter dan kemudiannya dipaparkan menjadi subjek di permukaan kanta. Apabila jurugambar menekan shutter bagi mod flash TTL, cahaya akan masuk melalui pantulan balik dari subjek dan terus memasuki kanta dimana meter dan cahaya ambient akan menentukan pendedahan yang optimum dan seterusnya menentukan kekuatan flash pada masa yang sama.


Sebelum rekaan TTL flash wujud, jurugambar terdahulu menggunakan kaedah manual iaitu mengira kekuatan flash dihasilkan berpandukan pada ukuran cahaya ambient. Cara ini memerlukan lebih masa serta kesabaran dan kadang kala terdedah kepada kesilapan matematik. TTL flash yang pertama dihasilkan oleh Olympus pada pertengahan tahun 1970 dengan pengenalan OM-2. Teknologi yang terhasil dengan segera merebak dikalangan pengeluar kamera. Dalam peredaran zaman yang semakin maju dan berteknologi canggih kini, jurugambar tidak perlu lagi mengira kekuatan flash yang dikeluarkan dan dapat menjimatkan masa ketika rakaman dilakukan.
Flash yang dihasilkan adalah terlalu terang atau terlalu kuat, sekiranya tidak menggunakan teknik yang betul, gambar yang terhasil akan overexpose. Ramai telah menyalah anggap bahawa gambar akan underexpose jika kedudukan jarak atau shutter speed yang digunakan berlainan. Pada mod TTL, sesebuah flash akan menentukan kekuatan cahaya yang akan dihasilkan berdasarkan sukatan dedahan yang betul tanpa mengira f-stop atau shutter speed yang digunakan selagi flash mempunyai cukup kuasa untuk menerangi subjek yang dikehendaki.
Kesemua gambar yang diambil menggunakan flash Nissin.
Artikel ini telah dikeluarkan dalam majalah Fotografika isu 03 (Okt/Nov 2011)
