Rakam tanpa menggunakan tripod & mengikut gerakan angin

05/03/2017 | miza

Päivi Maria Wells-7134

Päivi Maria Wells

Päivi Maria Wells-2912-4Beliau merupakan seorang artis dan jurugambar daripada Finland. Beliau pernah mempelajari seni sejarah, visual seni dan seni sebagai terapi dan pemulihan di Institut Seni, Kraft dan Rekaan Southwest Finland.

Beliau mempunyai pengalaman dalam teknik visual seperti goresan dan lukisan sama seperti pengetahuan yang mendalam pada material kayu. Beliau mempelajari fotografi ketika tinggal di Nepal dan menggunakan fotografi sebagai medium kreatif utama beliau sejak 2012.

Beliau pernah mengadakan 2 pameran fotografi solo di Galeri Image Ark Kathmandu dimana hasil karya beliau dicetak pada sutera organza gosamer, ‘crepe de chine’ dan ‘merino wool’ sebagai koleksi galeri Wearable Art.

Päivi Maria Wells-1538

Kini, Päivi Maria Wells menetap di Malaysia dimana beliau menyedari kehalusan budaya Malaysia yang penuh warna-warni dan keindahan alam semulajadi boleh dijadikan subjek bagi beliau untuk berkarya menerusi lensanya.

“in 停格 motion” merupakan pameran solo pertama beliau di Kuala Lumpur.

Artikel ini telah dikeluarkan dalam majalah digital Fotografika isu 31 (Jun/Julai 2016)

FG31 Cover