Teks & Foto: Hamizah Amir Hamzah

Perkara yang paling penting dalam merakam bangunan ialah komposisi keseluruhan bangunan tersebut. Walaupun cuaca sempurna, dedahan dan masa yang tepat, akan tetapi jika komposisi gambar teruk, ia akan menjejaskan keseluruhan gambar.
• Lensa telephoto bukan hanya memudahkan anda untuk merakam dengan lebih dekat akan tetapi bergantung lensa tersebut dalam memampatkan keseluruhan pandangan dan mengurangkan ruang ilusi antara bangunan utama yang dirakam dan dibelakang serta hadapan.
• Lensa sudut luas membenarkan rakaman secara dekat pada perspektif yang mungkin agak keterlaluan. Bangunan tinggi kelihatan lebih tinggi jika kamera merakam ke atas kerana rakaman menegak akan memberikan ilusi menumpu.
Pilihan yang betul untuk titik utama adalah kandungan bagi keseluruhan komposisi. Malah, posisi kamera juga amat penting bagi mengelakkan merakam objek yang tidak di ingini dalam bingkai gambar. Ini kerana dengan gerakan yang sedikit, jarak yang dekat dan lensa yang berlainan memberikan gambaran imej bangunan yang berbeza.
Bangunan: Luaran

Kadang-kadang agak mudah untuk merakam bahagian hadapan bangunan yang menarik tanpa perlu menokok tambah untuk mencantikkannya. Terdapat pelbagai cara untuk merakam subjek yang sama dengan mengubah sudut rakaman, situasi pencahayaan yang berbeza dan bahagian-bahagian khusus luaran bangunan.
• Masa merakam adalah penting apabila merakam bangunan. Jika memilih sudut utama yang sinaran matahari berada di belakang bangunan, ini menjadikan imej samar dan bangunan tersebut kelihatan kosong. Jika anda mempunyai masa, tunggu sehingga matahari bergerak agar bangunan disinari dengan pencahayaan petang dan mencipta butiran bayang yang kuat.

• Awan boleh menambahkan dimensi. Kadang-kadang langit biru merupakan kelebihan daripada kepulan putih awan di atas bangunan. Dan awan gelap pula menambahkan drama pada imej yang terhasil.
Lensa yang berlainan memberikan perspektif bangunan yang berbeza. Arahkan kamera ke atas, pada langit sebagai contoh, ini menjadikan rakaman menegak menumpu. Dengan cara ini menambahkan kualiti dinamik pada gambar.
Manakala, bangunan yang lain pula jika menggunakan teknik yang sama, akan menghasilkan imej herot. Setiap komposisi bangunan perlu ditaksir secara berlainan. Lensa telefoto boleh digunakan untuk merakam bangunan daripada jarak jauh. Bangunan tersebut akan kelihatan dekat dan latar hadapan dimampatkan. Ini memberikan penekanan pada kehebatan bangunan utama yang dirakam.
Bangunan: Dalaman


Perkara utama yang perlu diambil kira sebelum merakam dalaman bangunan ialah jumlah pencahayaan sediada. Mata kita menerima perubahan apabila situasi cahaya berbeza. Satu cara untuk merekod imej yang boleh digunakan ialah dengan meningkatkan nilai dedahan atau tumpukan cahaya kepada subjek yang diinginkan dengan menggunakan lampu denyar.
Antara jalan penyelesaian untuk merakam gambar dalam bangunan ialah dengan meletakkan kamera pada tripod dan menggunakan dedahan panjang. Anda juga boleh menggunakan lensa ‘fisheye’ bagi mendapatkan imej yang berlainan.
Bangunan: Butiran


Kebiasaannya jurugambar merakam keseluruhan bangunan dalam fotografi seni bina ini. Akan tetapi, anda juga boleh merakam secara lebih dekat pada butiran yang menarik pada bangunan tersebut. Pada bangunan lama terdapat banyak ciri butiran bangunan yang boleh ditonjolkan seperti butiran pada ukiran kayu mahupun seramik. Manakala bangunan moden kini, butiran boleh dilihat menerusi corak yang menarik, rekaan geometri dan ciri yang berulang-ulang.
Artikel ini telah dikeluarkan dalam majalah digital Fotografika isu 25 (Jun/Julai 2015)
