Sejarah 35mm

13/01/2017 | miza

Teks: Ashraf Saharudin

Mesti ramai yang tidak mengetahui akan sejarah filem berformat 35mm yang sering digunakan pada masa kini. Filem yang pada asalnya digunakan dalam proses rakaman bergerak telah di ubah suai menjadi filem berformat 35mm. Pada tahun 1892, filem 35mm telah diperkenalkan oleh Thomas Alva Edison dan William Dickson. Stok gulungan filem pula dibekalkan oleh George Eastman daripada syarikat Kodak. Ia merupakan sebuah struktur tolok atau landasan filem yang sering digunakan untuk bahan kimia fotografi dan filem video. Kemudian, ‘kamera’ tersebut digunakan secara meluas untuk rakaman filem dan imej pegun dalam sekitar tahun 1913. Selain itu, sejarah juga turut mencatatkan nama Oskar Barnack sebagai seorang yang ditugaskan dalam proses ujikaji dan pembangunan di Leitz. Beliau memutuskan untuk bereksperimen dengan filem 35mm ini dan sebuah kamera kompak berjaya dihasilkan.

Dengan niat untuk menghasilkan sebuah kamera yang mampu untuk mencetak imej yang besar, sekitar tahun 1913, beliau telah berjaya mencipta kamera prototaip pertamanya yang diberi nama Ur-Leica. Kamera tersebut mendapat sambutan yang luar biasa mula diperkenalkan kepada pasaran sekitar tahun 1923 dan 1924. Kemudian pada tahun berikutnya, kamera tersebut telah mula dihasilkan untuk pasaran dan dikenali sebagai Leica I. Dengan kejayaan Leica, terdapat pesaing-pesaing lain yang turut berada di dalam pasaran dan salah satu daripadanya adalah Contax yang diperkenalkan sekitar tahun 1932.

Pada tahun 1938, Kodak tampil dengan model kamera Retina I yang mula menggunakan katrij filem yang sama digunakan dalam kamera filem zaman sekarang. Meskipun kamera Kodak ini dikatakan jauh lebih murah berbanding Leica dan Contax, tidak ramai yang mampu memilikinya sehinggalah pada tahun 1936 dan 1939, Argus A dan Argus C3 diperkenalkan, namun filem gulung masih lagi lebih murah berbanding katrij. Dengan revolusi kamera dan harga yang kian mampu dimiliki, kamera filem 35mm telah mendominasi pasaran menjelang tahun 1966.

Di Jepun pula, jenama Canon dilancarkan sekitar tahun 1936 dengan kehadiran beberapa model kamera. Kamera-kamera ini menjadi popular di Amerika Syarikat selepas Perang Korea kerana askar-askar AS yang bertapak di Jepun membawa kamera tersebut pulang ke AS.

Berikut adalah beberapa model-model awal kamera yang menggunakan filem 35mm sebelum hadirnya sistem SLR:

andersen

Jens Poul Andersen (Model: Kamera 35 mm- 1905. Dibuat di Denmark)

ambrosio_01-2

Ambrosio Torino (Model: Kamera 35 mm- 1905. Dibuat di Italy)

smiths

George P.Smith (Model: Smith – 1912. Dibuat di USA)

touristmultiple

Herbert & Huesgen, New Ideas Mfg. Co.
(Model: Tourist Multiple -1913. Dibuat di USA)

homeosJules Richard (Model: Homeos – 1914. Dibuat di France)

simplex

Multi-Speed-New York
(Model: Simplex – 1914. Dibuat di USA)

schoenander_01

Schoenander (Model: Schoenander – tidak dapat dikenal pasti. Dibuat di Sweden)

urleica

Ernst Leitz (Model: UR Leica – 1914. Dibuat di Germany)

minigraph

Levy Roth (Model: Minnigraph – 1915. Dibuat di Austria)

box00

Kodak (Model: 00 Cartridge Premo – 1916. Dibuat di USA)

autocinephot

FACT (Model: Autocinephot – 1918. Dibuat di Italy)

cyclocamera_01

Novaya Shkola (Model: Cyclocamera – 1920. Dibuat di USSR)

 Artikel ini telah dikeluarkan dalam majalah Fotografika isu 21 (Okt/Nov 2014)

fg21-cover