Mengubahsuai ‘white balance’ menggunakan Nikon View NX

01/12/2016 | miza

Teks & Foto: DigitalDome

mag_1606
Nikon D80, f/16, ISO 250, 1/160s Suntingan : Channel Mixer,Auto Contras,Color Balance

Bagi pengguna Nikon yang menggunakan model seperti D40, D90, D7000 dan model-model yang mempunyai keupayaan membersih habuk di dalam badan kamera, anda akan dapati bahawa adalah agak sukar untuk anda mendapatkan ‘white balance’ yang betul ketika ingin merakam foto ‘infrared’. Jadi salah satu jalan penyelesaianya adalah dengan hanya menggunakan ‘auto white balance’. Foto boleh dirakam seperti biasa walaupun warna foto yang diperoleh setelah rakaman dibuat berwarna merah pada keselurahannya. Anda wajib menggunakan format RAW kerana fail gambar perlu di proses kembali bagu tujuan membetul atau mengubahsuai white balance dan mengeluarkan warna foto infrared yang sebenar.

Fail RAW Nikon boleh di proses menggunakan perisian seperti Nikon Capture, Nikon Capture NX dan Nikon View NX. Oleh kerana Nikon View NX adalah perisian percuma dari Nikon jadi saya menggunakan perisian ini untuk panduan anda semua. Sila ikuti langkah di bawah ini.

1. Buka perisian Nikon View NX dan pilih gambar yang ingin anda ubahsuai ‘white balance’. Klik ikon EDIT dan satu paparan suntingan akan muncul di sebelah kanan, seperti mana yang saya tandakan di dalam gambarajah di bawah ini.

viewnx-01

2. Lihat di sebelah atas papan suntingan pada ruangan ‘white balance’, di sini anda perlu memilih ‘use grey point’ dan klik butang ‘start’. Satu ikon (eyedropper) akan muncul dan anda bebas untuk klik di ruang mana pada foto anda dan lihat perbezaan warna yang keluar. Contohnya apabila anda klik pada bahagian langit, pokok, pakaian dan sebagainya. Jika anda sudah menemui warna yang dikehendaki klik pada butang ‘Finish’. Anda boleh menukar format gambar anda tadi kepada format jpeg yang kemudian boleh di proses melalui perisian suntingan seperti  photoshop.

viewnx-02

Contoh gambar yang di proses melalui kaedah ini :

nx1_dsc8223
Gambar asal dari kamera
nx2_dsc8223
Gambar yang telah di sunting ‘white balance’

 

Suntingan asas bagi foto digital infrared

Foto infrared digital mempunyai kaedah suntingannya yang tersendiri. Menerusi kaedah ini foto-foto yang dirakam akan menyerlahkan warna-warna yang tidak kelihatan pada mata kita setelah proses suntingan dibuat. Proses suntingan warna pada foto infrared boleh dibuat dengan mudah melalui perisian photoshop. Di dalam artikel ini suntingan yang saya buat adalah dengan menggunakan Adobe Photoshop CS5. Perkara yang perlu anda lakukan hanyalah dengan menukar nilai pada dua warna iaitu merah dan biru menggunakan Channel Mixer. Channel Mixer boleh dicapai melalui menu Image – Adjustments – Channel Mixer.

Perhatikan gambarajah yang disertakan, pada output channel merah nilai warna merah diletakan pada angka kosong dan nilai untuk warna biru diletakkan pada angka seratus. Anda tidak perlu membuat apa-apa perubahan bagi warna hijau.

cmixer-1cmixer-2

Ulang proses yang sama bagi output channel biru dengan meletakan nilai seratus pada warna merah dan nilai kosong pada warna biru. Klik butang OK sesudah selesai dan anda akan dapat melihat perubahan warna berlaku pada foto infrared anda. Di sini ada disertakan foto contoh sebelum dan selepas proses ini dilakukan, yang juga dikenali sebagai proses swap channel.

mag_7459
Nikon D80, f/13, ISO 250, 1/160s Suntingan : Hue/Saturation, Selective Color
mag_7290
Nikon D80, f/13, ISO 250, 1/250s Suntingan : Channel Mixer, Auto Contras, Selective Color

Proses suntingan foto infrared sebenarnya tidak berhenti setakat ini sahaja. Seseorang jurugambar boleh mengembangkan lagi teknik suntingan mengikut citarasa dan kemahiran mereka di dalam menguasai perisian suntingan seperti Adobe Photoshop. Malahan kita boleh membentuk karakter tertentu untuk foto-foto infrared yang dihasilkan yang boleh dijadikan identiti setiap jurugambar. Apa jua jenis atau teknik suntingan yang dilakukan adalah bertujuan untuk mengindahkan lagi foto kita. Jika suntingan yang dibuat menjadikan foto lebih teruk apatah lagi sakit mata memandang, anda sebenarnya sedang menuju kegagalan dalam berkarya dan harus diperbaiki.

mag_dsc4233  mag_edit_dsc4233

Di sini saya sertakan dua lagi contoh dari gambar di atas di mana telah saya kembangkan sedikit teknik suntingannya. Anda boleh merujuk kepada gambarajah yang saya sertakan bersama untuk nilai-nilai warna yang saya ubah.

Kaedah suntingan :
1 – channel mixer
2 – auto contrast
3 – auto color( menu : image – auto color )
4 – fade auto color – darken 85%( menu : edit – fade auto color )
5 – selective color ( ubahsuai nilai warna biru dan merah )

mag_edit3_dsc4233

fade-acolorscolor-01 scolor-02

 

Untuk memberikan mood foto yang lebih sesuai dengan suasana yang dirakam saya membuat suntingan terakhir menggunakan Color Balance (Image – Adjustments – Color Balance) dan hasilnya seperti berikut.

mag_edit4_dsc4233

Anda perlu selalu membuat latihan untuk memahirkan diri dengan pelbagai kaedah suntingan dan mencipta mood yang sesuai untuk foto-foto infrared anda supaya ianya kelihatan lebih hidup dan indah.

mag_1827
Nikon D80, f/22, ISO 400, 1/100s Suntingan : Channel Mixer, Auto Contras, Hue/Saturation, Selective Color
mag_4845
Nikon D80, f/16, ISO 200, 1/80s Suntingan : Channel Mixer, Auto Contras, Hue/Saturation, Selective Color

Peringatan : Sebagus manapun seseorang itu dalam membuat suntingan tetapi mengabaikan undang-undang fotografi di dalam sesebuah foto yang dirakam tidak kira dari segi komposisi dan sebagainya, akan membuatkan foto itu sia-sia sahaja. Infrared bukan ilmu sihir yang boleh menjadikan anda seorang yang luar biasa dengan kepelbagaian warna-warnanya.

 

Artikel ini telah dikeluarkan dalam majalah Fotografika isu 02 (Ogos/September 2011)

fg_02_cover